Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia atau lebih dikenali dengan akronim PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mulai 22 Julai 1975. Selain bergiat mengukuhkan jalinan perpaduan di kalangan ahli-ahli berdaftar, Pertubuhan NGO di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia ini juga turut memperjuangkan kemajuan pembangunan kerjaya serta kebajikan ahli-ahlinya. Selain itu di bawah payung PERKASA, terdapat 14 buah Cawangan gabungannya, ternyata mampu menjamin kesatuan dan kesepakatan di kalangan keseluruhan Pegawai Kanan Kastam Diraja Malaysia dan warga JKDM amnya.
Aplikasi bagi ahli-ahli PERKASA menyediakan fungsi:
- Paparan aktiviti, program dan artikel-artikel persatuan terkini.
- Daftar penyertaan aktiviti berserta checkin penyertaan melalui imbasan kod QR
- Maklumat latar belakang persatuan seperti objektif, lagu, manfaat keahlian, cawangan dan senarai mantan presiden.
- Menyediakan salinan perlembagaan persatuan yang boleh dibaca melalui aplikasi.
- Maklumat perhubungan exco pusat serta majlis kerja
- Menyediakan fungsi keahlian seperti pendaftaran, log masuk, permohonan sumbangan serta kad keahlian untuk mendapat manfaat tambahan seperti diskaun pembelian kepada ahli.